PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah. PLan merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.

Program Literasi dan Numerasi (PLaN)


Objektif PLaN

Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. 

Program Literasi dan Numerasi (PLaN)


Fokus Aktiviti PLaN

  • Fokus Aktiviti PLaN adalah seperti berikut:
  • Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
  • Komuniti pembelajaran guru yang aktif
  • Penyediaan bahan pentaksiran yang memenuhi keperluan murid
  • Pemantapan pengurusan pentadbir sekolah
  • Penetapan sasaran pencapaian murid
  • Kempen Kesedaran Ibu Bapa / Penjaga / Komuniti
Program Literasi dan Numerasi (PLaN)


Impak Positif PLaN


Impak positif melalui Program ini adalah seperti berikut:
  • Peningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
  • Murid lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lain
  • Membina keyakinan diri murid untuk belajar dan berkomunikasi dengan berkesan
Program Literasi dan Numerasi (PLaN)



Peranan Ibu Bapa/ Penjaga dan Komuniti Dalam PLaN


Program Literasi dan Numerasi (PLaN)



Peranan Komuniti dan Swasta Dalam PLaN


Program Literasi dan Numerasi (PLaN)

Infografik/Sumber: KPM